Jawatan Kosong Terkini di Bank Islam

Bank Islam Malaysia Berhad memainkan peranan penting dalam memupuk pembangunan ekonomi dan kemajuan sosial di Malaysia. Dengan mempunyai pekerja seramai 3,500 orang, Bank Islam berharap dapat menyumbang dalam pembangunan pengetahuan dan kepakaran dalam perbankan dan juga kewangan Islam. Di dalam Bank Islam Malaysia Berhad bukan sahaja anda berpeluang untuk bekerja dengan industri perbankan tetapi juga dengan organisasi yang benar-benar komited untuk membangunkan negara Malaysia

antara jawatan kosong bank yang tawarkan oleh Bank Islam ialah Pegawai Khidmat Pelanggan & Pegawai Operasi dan juga Pengurus Cawangan

Untuk maklumat lanjut sila baca keterangan iklan di bawah

Baca keterangan lengkap di sini »

Jawatan Kosong Terkini Jabatan Agama Negeri Johor(JAIJ)

Jabatan Agama Negeri Johor(JAIJ) mempelawa rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong sebagai Pekerja Awam dan Pemandu Kenderaan. Kedua-dua jawatan kosong ini ialah secara tetap dan merupakan kumpulan perkhidmatan sokong bagi Jabatan Agama Johor. Bagi yang berminat sila baca keterangan lanjut yang disediakan di bawah;

Baca keterangan lengkap di sini »

Jawatan Kosong di Celcom – Pembantu Logistic

Celcom merupakan salah satu syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia sekarang sedang membuka kekosongan untuk jawatan Pembantu Logistic, calon mestilah mempunyai Diploma dalam bidang Business Studies/Administration/Management, Logistic/Transportation atau lain-lain bidang yang berkaitan. Graduan lepasan Universiti yang baru tamat pengajian digalakkan memohon. Bagi anda yang berminat dengan jawatan kosong ini sila baca keterangan lengkap yang disediakan dibawah;

Baca keterangan lengkap di sini »

10,000 Jawatan Kosong Baru Tahun 2011 & 2012 Untuk Diisi

Lagi berita baik untuk para pencari kerja kosong di Malaysia, Menurut artikel daripada Berita Harian Online pada 9 September hampir 10,000 peluang pekerjaan baru akan wujud di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP), antara bidang yang terlibat ialah penjagaan kesihatan, pertanian, pendidikan, aeroangkasa, pemborongan borong, peruncitan dan pembuatan. Artikel lengkap boleh dibaca di bawah ini.

PM umum 8 projek pelaburan ETP bernilai RM1.4 bilion

Baca keterangan lengkap di sini »

Jawatan Kosong Bank Simpanan Nasional(BSN) 2011

Berminat bekerja didalam bidang perbankan? Bank Simpanan Nasional (BSN) sekarang sedang membuka jawatan kosong untuk jawatan Eksekutif Sumber Manusia (HR) – Strategic & Planning Management. Kelulusan Ijazah dalam Pengurusan Sumber Manusia, pengalaman diantara 2-3 tahun khususnya dalam bidang berkaitan dengan pengurusan pencapaian pekerja. Anda yang mempunyai pengalaman dalam sebarang pengalaman dalam Sumber Manusia (HR) juga boleh cuba memohon. Bagi yang berminat dengan jawatan kosong ini sila baca keterangan lengkap yang disediakan dibawah.

Baca keterangan lengkap di sini »

Skim Latihan 1 Malaysia Chemical Company of Malaysia Berhad (SL1M CCM)

Skim Latihan 1 Malaysia CCM (SL1M CCM) kini membuka peluang untuk graduan lepasan universiti (Fresh graduates) untuk mengikuti Program Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) yang dianjurkan oleh Chemical Company of Malaysia Berhad (CCM). Peserta akan mengikuti latihan on-the-job traning selama 6 bulan. Perserta akan didedahkan dengan pelbagai akitiviti operasi dan peluang-peluang yang boleh diperolehi bersama Chemical Company of Malaysia Berhad (CCM). Untuk rekod, Chemical Company of Malaysia Berhad (CCM) merupakan pengilang terbesar generik farmaseutikal dan sebatian baja (generic pharmaceutical and compound fertilizers) dan juga tersenarai di papan utama Bursa Malaysia di dalam industri fertilizers, chemicals dan pharmaceuticals.

Baca keterangan lengkap di sini »

Jawatan Kosong Metro Parking sebagai Eksekutif (RM1500-2500)

Metro Parking (M) Sdn Bhd merupakan syarikat pengurusan parkir professional memerlukan kekosongan segera untuk jawatan Eksekutif Operasi, gaji ditawarkan ialah RM1500-2500, Kelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Pengurusan Perniagaan atau setaraf. Pengalaman
diantara 3-5 tahun. Bagi yang berminat sila baca keterangan lengkap di bawah;

Baca keterangan lengkap di sini »

32 Jawatan Kosong Pemandu di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia(MOA) di Seluruh Negeri

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA) kini sedang memerlukan pemandu seranai 32 orang untuk ditempatkan di seluruh Malaysia. Kelulusan sekurang-kurangnya darjah 6, memiliki lesen memandu yang sah dari kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I. Jawatan ini adalah secara tetap. Pelbagai elaun dan kemudahan akan disediakan untuk anda yang diterima berkerja. Untuk keterangan lanjut sila iklan yang telah disediakan

Baca keterangan lengkap di sini »

Jawatan Kosong Juruteknik Komputer di Institut Profesional Baitulmal

Institut Profesional Baitulmal Sdn Bhd kini sedang membuka kekosongan untuk jawatan Juruteknik Komputer. Calon mestilah sekurang-kurangnya memiliki Diploma Sains Komputer atay setaraf dan pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun. Bagi yang berminat sila baca keterangan lanjut yang telah disediakan dibawah;

Baca keterangan lengkap di sini »