22 Pusat JobsMalaysia Diwujudkan Di Seluruh Negara

Kerajaan akan menubuhkan 22 pusat mencari pekerjaan atau “Jobsmalaysia Center” di seluruh negara bagi membantu Jabatan Tenaga Kerja (JTK) menyediakan khidmat mencari pekerjaan dan tenaga kerja dalam sektor awam dan swasta.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, berkata pusat berkenaan yang akan beroperasi pada September ini membabitkan peruntukan pembiayaan RM70 juta menerusi Pakej Rancangan Ekonomi Kedua yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Beliau berkata, setiap negeri akan mempunyai sekurang-kurang satu pusat seumpama itu yang bakal menampung keperluan pengguna bagi membantu dan melicinkan peranan yang dimainkan oleh JTK dalam usaha mencari peluang pekerjaan kepada penganggur.

“Penubuhan pusat ini yang ditumpukan di tempat awam dimulakan bulan ini, dan dijangka dapat memulakan operasi sepenuhnya pada September depan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Penempatan Pekerjaan (3P) 2009, peringkat negeri di Pusat Dagangan Kelantan, di sini hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Pengarah (1) JTK, Datuk Shaeikh Yahya Sheikh Mahamed dan Pengarah JTK Kelantan, Peznan Che Hussin.

Maznah berkata, langkah kerajaan mengadakan “JobMalaysia Center” ini bagi memberi peluang sepenuhnya kepada rakyat dan pengguna yang ingin mendapat khidmat mencari kerja, kaunseling dan tenaga kerja bagi jabatan kerajaan dan swasta tanpa perlu hadir di pejabat JTK yang sedia ditubuhkan seperti di Wisma Persekutuan dan sebagainya.

“Langkah ini juga akan dapat mengatasi masalah pengangguran dalam menghadapi tempias kesan krisis ekonomi global,” katanya.

Menurut beliau, walaupun trend pemberhentian kerja yang di negara ini dilaporkan terkawal, tetapi kerajaan tetap prihatin terhadap isu berkenaan. Katanya, daripada Oktober 2008 hingga 7 Julai ini, seramai 38,732 pekerja daripada 1,335 syarikat telah kehilangan pekerjaan di seluruh negara, termasuk 170 orang dilaporkan di Kelantan.

Selain itu, katanya, seramai 141 orang telah dibantu mendapatkan pekerjaan baru di negeri ini.

Maznah berkata, daripada jumlah mereka yang kehilangan pekerjaan itu, kementerian memfokuskan kepada 22,279 orang, di mana 11,335 orang telah pun diberi peluang pekerjaan baru.

“Baki 32 peratus daripada jumlah itu, tidak dilaporkan kepada kementerian kerana ada di antara mereka yang bekerja sendiri, berniaga dan sebagainya,” katanya.

Menurut beliau lagi, ketika ini terdapat 37,655 peluang pekerjaan di seluruh negara dan ini menunjukkan masih banyak peluang pekerjaan yang wujud di negara ini berbanding kadar pengangguran.

Katanya, ini berpunca daripada mereka yang memilih kerja, tidak mahu meninggalkan kampung halaman dan keluarga.

Mengenai program 3P yang dilancarkan peringkat negeri Kelantan hari ini, antara 3,000 hingga 5,000 pengunjung dijangka dapat mengisi peluang pekerjaan yang disediakan majikan di pemeran dan temuduga terbuka selama dua hari itu yang disertai oleh 23 syarikat dan agensi kerajaan.

“Mengikut data maklumat pekerjaan di JTK Kelantan, seramai 12,000 rakyat Kelantan mendaftar dengan jabatan itu untuk mengisi kekosongan jawatan di sektor awam dan swasta dan sebahagian daripadanya sudahpun mendapat kerja.

— BERNAMA

Job Vacancy Part Time Job Work from Home Finance hr admin marketing clerical bank it hotel graduate data entry work at home jobs at home online jobs Part Time Work Make Money Online earn internet typing make money from home Work at Home Part Time Cari Duit Internet Online Kerja Part Time di Malaysia Buat Duit di Rumah Kerja Sambilan Kerja Kosong Jawatan Kosong home based part time job in malaysia online jobs for college students career opportunities in malaysia online jobs work from home in malaysia part time online jobs part time vacancy online typing job part time job malaysia home-based business opportunities extra income jobsonline how to do business online Job Vacancies

Leave a Reply

3,952 views